Thursday, 21 February 2013

BTN Johor Dan MBFM Pemanis 1 Prihatin

Rabu, 20 Februari 2013: Berkonsepkan keprihatinan dan inisiatif FELDA yang berhasrat untuk bersama-sama membangunkan jiran luar kawasan FELDA, Persatuan Belia MBFM Felda Pemanis 1 bersama Biro Tatanegara Caw. Johor telah menganjurkan program yang dikenali sebagai Jejak Warisan. Program ini merupakan acara tahunan bagi persatuan belia dan pihak Biro Tatanegara menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang layak terutama mereka yang berada luar dari kawasan FELDA.

Program kali ini merupakan siri yang ketiga dan ke-empat yang mengkhususkan penerima yang berada di kawasan Kg. Tungku 3 dan Kg. Sekijang. Pihak belia dan BTN telah pun mengenalpasti penerima dengan bantuan ketua kampung bagi kedua-dua kawasan ini dan memilih 20 buah rumah untuk disalurkan bantuan. Program Jejak Warisan ini turut disertai oleh Yang Berhormat Datuk Hj Ayub Bin Rahmat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemelah yang sudi unutk menyampaikan bantuan dan sumbangan.








Saturday, 8 December 2012

SUKAN WARGA FELDA 2012..

Pada 2 Disember 2012 yang lalu, bertempat di Gugusan Felda Belitung, Kluang Johor telah diadakan karnival sukan yang dipanggil Sukan Warga Felda Peringkat  Wilayah Segmat. Karnival ini merupakan karnival sukan yang julung-julang kali diadakan oleh pihak Felda Wilayah Segamat.

Karnival Sukan Warga Felda ini merupakan antara sukan yang berprestej di dalam Felda selain Futsal Piala Generasi dan Karnival Iktiraf. Antara sukan yang dipertandingkan kali ini ialah Bola Sepak, Futsal, Bola Tampar, Sepak Takraw dan aktiviti kebudayaan.

Felda Pemanis 1 yang mewakili Zon D (D5) telah menghantar wakil bagi acara teras iaitu Bola Sepak dan Futsal. Bagi acara bola sepak, Zon D (Rottor FC, Pemanis) telah diundi di dalam Kumpulan B (kumpulan maut) iaitu Felda Sri Jaya dan Felda Ulu Belitung. Manakala di Kumpulan A menempatkan Felda Air Kangkong, Felda Maokil dan Felda Kahang Timur.

Berikut adalah keputusan perlawanan peringkat kumpulan bagi Rottor FC:
1. Rottor FC (3) VS Felda Sri Jaya (0)
2. Rottor FC (1) VS Felda Ulu Belitung (0)

Dengan kemenangan 2 perlawanan, Rottor FC telah layak ke peringkat akhir dan akan bertemu Felda Kahang Timur yang menjadi Johan kumpulan A.

Perlawanan akhir yang amat dramatik bagi Rottor FC apabila kebanyakan para pemain keletihan dan mengalami kekejangan otot. Pada awal permainan, Rottor FC telah ketinggalan 0-2 akibat kelekaan para pemaian dan bahagian tengah yang tidak berfungsi. Pihak Pengurusan terpaksa melalukan pertukaran strategi bagi menguatkan lagi bahagian tengah. Berbaki 10 minit terakhir, Rottor FC telah berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2.

Di separuh masa yang kedua, tiada jaringan dapat dijaringkan walaupun banyak peluang untuk kedua-dua pasukan menjaringkan gol. Kemenangan terpaksa ditentukan dengan tendangan penalti yang kemudiannya memihak kepada pasukan ROTTOR FC dengan 3 sepakan berbalas 2 sepakan.

Antara pemain ROTTOR FC yang berjaya dalam sepakan penalti ialah:
1. Normuradi Bin Abdullah (Jersi no 8)
2. Mohd Iftitah Bin Ishak (Jersi no 10)
3. Mohd Nor Azmin Bin Roslan (Jesri no 13)

Berikut adalah beberapa gambar sekitar Sukan Warga Felda 2012..


Pasukan Zon D (Rottor FC)
Dari depan (kiri) - Fairuz, Ridzuan, Nasrudin, Sahril, Rashid, Halid dan Aziz
 Dari belakang (kiri) - Norami, Hanif, Murad, Azmin, Rahizan, Faizul Rahman, Azman,
Iftitah, Azhar dan En. Mohd Borhan (Pengurus Pasukan)



 SESSI 'WARM UP'


SESSI TAKLIMAT DAN MOTIVASI 


GLORY GLORY ROTTOR FC!!!

PEMANGKIN SEMANGAT ROTTOR FC

RIDZUAN YANG TERPAKSA DIKELUARKAN 
AKIBAT KEKEJANGAN OTOT




Friday, 23 November 2012

SIRKIT ANGKAT BERAT ZON SELATAN 2012

Pada 3-4 November 2012 yang lalu, Felda Pemanis 1 telah dipilih oleh Pihak Majlis Sukan Negeri Johor sebagai Lokasi Sirkit Angkat Berat Zon Selatan 2012. Pertandingan ini merupakan pertandingan 3 penjuru antara Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor.

Sirkit ini diadakan adalah sebagai medan untuk memberi pendedahan dan mencari bakat-bakat baru bagi diserapkan ke dalam program Pelapis Negeri Johor dan membentuk kelompok atlet lelaki dan wanita yang mantap pada tahun 2016 dan 2018.

Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu:

1. Tidak melebihi 56kg
2. Tidak Melebihi 77kg


Adik Fikri Zamzuri U56 Kg- Peserta dari Felda Pemanis 1 mewakili MSNJ



Adik Nazri Selamat U56 Kg- Peserta dari Felda Pemanis 2 mewakili MSNJ



YB Datuk Ayub Bin Rahmat (ADUN Kemelah) menyarungkan medal kepada 
Adik Nazri Selamat yang mendapat pingat Emas bagi katergori bawah 56kg


Gambar kenangan bersama para pemenang kategori bawah 56 Kg dan YB Datuk Ayub Bin Rahmat



Gambar kenangan bersama para pemenang kategori bawah 77 Kg dan Wakil pihak MSNJ


Wakil dari Persatuan Angkat Berat Negeri Sembilan


Adik Zahrul Nizam Zamzuri yang mewakili MSNJ

Wednesday, 30 March 2011

Kursus Pengurusan Jenazah

      Pada 27.3.2011 anjuran bersama Persatuan Belia MBFM Felda Pemanis 1 dengan kerjasama JKKR Pemanis 1, GPW Pemanis 1 dan Badan Masjid Jamek Felda Pemanis 1 telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah. Seramai 100 orang penyertaan telah menyertai kursus ini yang bermula pada 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah memberi pendedahan kepada penduduk tentang cara pengurusan jenazah yang betul khususnya bagi golongan belia.

Ucapan Tuan Hj Manap (Pengerusi Badan Masjid)
Peralatan yang Digunakan

Cara membentangkan kain karpan
Contoh Mengkapankan Jenazah





Monday, 21 March 2011

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Parlimen Sekijang

Setiap tahun kita semua yang beragama islam akan menyambut maulidul rasul sebagai tanda memperingati kelahiran  Nabi Muhammad S.A.W. Di Felda Pemanis 1 ini Sambutan Maulidul Rasul anjuran UMNO bahagian Sekijang dengan kerjasama badan Masjid,GPW pemanis1, JKKR serta Persatuan Belia MBFM Felda.Pemanis1 telah turut bersama-sama menjayakan majlis sambutan maulidul rasul ini.
          Majlis ini telah diadakan di Masjid Jamek Felda Pemanis 1 yang bermula pada 8.30 pagi. Seramai 400 orang telah hadir dalam majlis ini dan tetamu kehormat yang telah diundang ialah YB Dato Haji Baharum Bin Mohamad.Sepanjang majlis ini diadakan, terdapat aktiviti yang dilaksanakan bagi menjayakan lagi majlis ini antaranya :

  • Perarakan Maulidul Rasul bagi setiap blok
  • Pertandingan membina sepanduk sempena maulidul rasul
  • Ceramah Agama
  • Majlis Penyampaian Hadiah
        Untuk pengetahuan pembaca blog, Masjid Jamek Pemanis 1 ini telah dianugerahkan sebagai pengurusan Masjid yang terbaik..Di sini saya masukkan gambar buat tatapan semua pembaca blog ini..


bacaan doa
Bacaan Selawat


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More