Saturday 8 December 2012

SUKAN WARGA FELDA 2012..

Pada 2 Disember 2012 yang lalu, bertempat di Gugusan Felda Belitung, Kluang Johor telah diadakan karnival sukan yang dipanggil Sukan Warga Felda Peringkat  Wilayah Segmat. Karnival ini merupakan karnival sukan yang julung-julang kali diadakan oleh pihak Felda Wilayah Segamat.

Karnival Sukan Warga Felda ini merupakan antara sukan yang berprestej di dalam Felda selain Futsal Piala Generasi dan Karnival Iktiraf. Antara sukan yang dipertandingkan kali ini ialah Bola Sepak, Futsal, Bola Tampar, Sepak Takraw dan aktiviti kebudayaan.

Felda Pemanis 1 yang mewakili Zon D (D5) telah menghantar wakil bagi acara teras iaitu Bola Sepak dan Futsal. Bagi acara bola sepak, Zon D (Rottor FC, Pemanis) telah diundi di dalam Kumpulan B (kumpulan maut) iaitu Felda Sri Jaya dan Felda Ulu Belitung. Manakala di Kumpulan A menempatkan Felda Air Kangkong, Felda Maokil dan Felda Kahang Timur.

Berikut adalah keputusan perlawanan peringkat kumpulan bagi Rottor FC:
1. Rottor FC (3) VS Felda Sri Jaya (0)
2. Rottor FC (1) VS Felda Ulu Belitung (0)

Dengan kemenangan 2 perlawanan, Rottor FC telah layak ke peringkat akhir dan akan bertemu Felda Kahang Timur yang menjadi Johan kumpulan A.

Perlawanan akhir yang amat dramatik bagi Rottor FC apabila kebanyakan para pemain keletihan dan mengalami kekejangan otot. Pada awal permainan, Rottor FC telah ketinggalan 0-2 akibat kelekaan para pemaian dan bahagian tengah yang tidak berfungsi. Pihak Pengurusan terpaksa melalukan pertukaran strategi bagi menguatkan lagi bahagian tengah. Berbaki 10 minit terakhir, Rottor FC telah berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2.

Di separuh masa yang kedua, tiada jaringan dapat dijaringkan walaupun banyak peluang untuk kedua-dua pasukan menjaringkan gol. Kemenangan terpaksa ditentukan dengan tendangan penalti yang kemudiannya memihak kepada pasukan ROTTOR FC dengan 3 sepakan berbalas 2 sepakan.

Antara pemain ROTTOR FC yang berjaya dalam sepakan penalti ialah:
1. Normuradi Bin Abdullah (Jersi no 8)
2. Mohd Iftitah Bin Ishak (Jersi no 10)
3. Mohd Nor Azmin Bin Roslan (Jesri no 13)

Berikut adalah beberapa gambar sekitar Sukan Warga Felda 2012..


Pasukan Zon D (Rottor FC)
Dari depan (kiri) - Fairuz, Ridzuan, Nasrudin, Sahril, Rashid, Halid dan Aziz
 Dari belakang (kiri) - Norami, Hanif, Murad, Azmin, Rahizan, Faizul Rahman, Azman,
Iftitah, Azhar dan En. Mohd Borhan (Pengurus Pasukan)



 SESSI 'WARM UP'


SESSI TAKLIMAT DAN MOTIVASI 


GLORY GLORY ROTTOR FC!!!

PEMANGKIN SEMANGAT ROTTOR FC

RIDZUAN YANG TERPAKSA DIKELUARKAN 
AKIBAT KEKEJANGAN OTOT




Friday 23 November 2012

SIRKIT ANGKAT BERAT ZON SELATAN 2012

Pada 3-4 November 2012 yang lalu, Felda Pemanis 1 telah dipilih oleh Pihak Majlis Sukan Negeri Johor sebagai Lokasi Sirkit Angkat Berat Zon Selatan 2012. Pertandingan ini merupakan pertandingan 3 penjuru antara Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor.

Sirkit ini diadakan adalah sebagai medan untuk memberi pendedahan dan mencari bakat-bakat baru bagi diserapkan ke dalam program Pelapis Negeri Johor dan membentuk kelompok atlet lelaki dan wanita yang mantap pada tahun 2016 dan 2018.

Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu:

1. Tidak melebihi 56kg
2. Tidak Melebihi 77kg


Adik Fikri Zamzuri U56 Kg- Peserta dari Felda Pemanis 1 mewakili MSNJ



Adik Nazri Selamat U56 Kg- Peserta dari Felda Pemanis 2 mewakili MSNJ



YB Datuk Ayub Bin Rahmat (ADUN Kemelah) menyarungkan medal kepada 
Adik Nazri Selamat yang mendapat pingat Emas bagi katergori bawah 56kg


Gambar kenangan bersama para pemenang kategori bawah 56 Kg dan YB Datuk Ayub Bin Rahmat



Gambar kenangan bersama para pemenang kategori bawah 77 Kg dan Wakil pihak MSNJ


Wakil dari Persatuan Angkat Berat Negeri Sembilan


Adik Zahrul Nizam Zamzuri yang mewakili MSNJ

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More